EKONOMI > BERITA

Unit Varia Peroleh Kontrak Bernilai RM61.45 Juta Daripada Kemuncak Pesaka

14/08/2024 06:04 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Varia Bhd (Varia), Pembinaan Teguh Maju Sdn Bhd (Pembinaan Teguh Maju), memperoleh kontrak bernilai RM61.45 juta daripada Kemuncak Pesaka Sdn Bhd.

Varia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Pembinaan Teguh Maju telah dilantik sebagai subkontraktor untuk pembinaan dan penyiapan kerja-kerja bangunan utama serta kerja-kerja luar bagi projek di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

”Kontrak ini adalah untuk tempoh 31 bulan bermula dari 19 Ogos 2024 sehingga tamat pada 31 Mac 2027."

“Kontrak tersebut dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan Varia bagi tempoh kewangan berkaitan sepanjang tempoh kontrak,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan