EKONOMI > BERITA

Lexis Hotel Lancar Imperial Lexis, Tarikan Ikonik Terbaharu Di Kuala Lumpur

17/08/2024 09:28 PM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Imperial Lexis Kuala Lumpur oleh Lexis Hotel Group telah dibuka secara rasmi, menetapkan standard baharu dalam kehidupan mewah serta hospitaliti bertaraf dunia, dan bersedia untuk menjadi mercu tanda ikonik terbaharu di bandar ini.

Kumpulan itu melalui satu kenyataan berkata hartanah dengan 53 tingkat itu menjadi satu-satunya aset di Kuala Lumpur yang menawarkan kolam renang peribadi di setiap 275 bilik dan suite servisnya.

Hartanah ini menggabungkan bahan mesra alam dalam fasilitinya, di samping penggunaan teknologi cekap tenaga sehingga membolehkan tetamu menikmati kemewahan dengan jejak alam sekitar yang agak kecil.

“Dengan menerima inovasi, Imperial Lexis Kuala Lumpur menjadi pelopor penggunaan teknologi dalam operasi hariannya, menawarkan daftar masuk mudah alih yang lancar melalui tablet dan peranti mudah alih, ini secara berkesan mengurangkan pergantungan pada bahan bercetak. 

“Pendekatan pemikiran ke hadapan ini memastikan penginapan yang canggih dan mampan,” kata Lexis Group.

Imperial Lexis Kuala Lumpur kini menerima tempahan dan ianya boleh dibuat melalui https://www.imperiallexiskl. com/ atau https://www.imperiallexiskl.com/ untuk tawaran eksklusif.

— BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan