EKONOMI > BERITA

KTMB Raih Anugerah Brandlaureate

24/08/2024 12:44 AM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meraih anugerah BrandLaureate BestBrands Awards 2024 dalam kategori Pengangkutan - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) oleh The World Brands Foundation (TWBF).

Anugerah itu disampaikan kepada Ketua Kawalan Operasi KTMB Afzar Zakariya pada majlis makan malam gala TBWF semalam, yang mengesahkan pencapaian dan sumbangan penting syarikat itu terhadap industri pengangkutan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata anugerah itu mencerminkan sokongan para penumpang terhadap jenama ETS sebagai mod pengangkutan pilihan yang menyaksikan 23 peratus peningkatan jumlah penumpang dari 2022 hingga 2023.

Beliau berkata setakat Julai lepas, ETS telah memberikan perkhidmatan kepada 2,435,107 penumpang.

“Kita memulakan penjualan tiket enam bulan lebih awal bagi membolehkan penumpang mempunyai masa mencukupi untuk merancang percutian mereka serta mendapat manfaat daripada tambang yang lebih rendah apabila membeli tiket lebih awal.

“Strategi ini membuahkan hasil sangat positif dengan tiket hujung minggu amat popular dan kerap kali habis dijual,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Rani Hisham berkata menjelang Oktober ini, perkhidmatan ETS akan mengembangkan rangkaiannya ke Segamat, Johor sekali gus meluaskan jangkauannya ke selatan tanah air.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan