BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 EKONOMI > BERITA

KLCC Stapled Group Lantik Annies Md Ariff Sebagai Pengerusi

28/08/2024 09:36 PM

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- KLCC Stapled Group melantik Datuk Annies Md Ariff sebagai pengerusi KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) dan KLCC REIT Management Sdn Bhd (KLCCRM), berkuat kuasa 1 Sept 2024, menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.

KLCC Stapled Group, terdiri daripada KLCCP dan KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, KLCC Reit berkata Annies, 69, telah dilantik semula daripada jawatannya sebelum ini sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutif KLCCP dan KLCCRM.

“Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan pengarah bukan eksekutif di KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

“Pengalamannya luas termasuk menjadi pengerusi bukan eksekutif di Pembinaan BLT Sdn Bhd dan memegang beberapa jawatan penting dalam Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kewangan,” menurut kumpulan itu. 

Annies mempunyai kelayakan profesional dalam bidang kejuruteraan dari Institusi Jurutera Malaysia dan merupakan jurutera profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Kelayakan akademiknya, antara lain, termasuk Ijazah Sarjana Muda Sains dari University of Wales.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan