EKONOMI > BERITA

DRB-HICOM Akan Rayu Notis Taksiran Berjumlah RM246.25 Juta Daripada LHDN

02/09/2024 04:13 PM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- DRB-HICOM Bhd berkata ia akan membuat rayuan dan jika perlu, memulakan prosiding undang-undang untuk mencabar asas dan kesahihan notis taksiran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM246.25 juta (termasuk penalti) untuk tahun taksiran 2020.

DRB-HICOM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata notis diterima oleh anak syarikatnya, HICOM Holdings Bhd (HHB) pada Jumaat (30 Ogos) dibangkitkan selaras dengan keputusan LHDN untuk mengambil kira keuntungan daripada pelupusan pelaburan jangka panjang dipegang dalam anak syarikat sebagai pendapatan tertakluk kepada cukai di bawah Seksyen 4(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2020.

“HHB diberi tempoh 30 hari dari tarikh notis untuk merayu terhadap keputusan LHDN.

"Selepas berunding dengan peguam cukai dan peguam cara, HHB berpendapat bahawa terdapat alasan undang-undang yang sah untuk mempertahankan terhadap notis itu," katanya.

"DRB-HICOM akan membuat pengumuman lanjut jika terdapat sebarang perkembangan material berkaitan perkara ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan