EKONOMI > BERITA

RHB Lancar Urus Niaga Pembelian Semula Mata Wang Bersilang Mampan Pertama Malaysia

04/09/2024 02:37 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- RHB Banking Group melancarkan urus niaga penggunaan hasil mampan (UOP) belian balik mata wang bersilang (repo) yang pertama di Malaysia.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata ia menghargai kerjasamanya dengan BNP Paribas Malaysia Bhd kerana membolehkan repo UOP untuk membangunkan lampiran UOP mampan pertama di Malaysia.

Ia berkata urus niaga itu melibatkan mata wang silang dolar Australia (AUD) untuk repo bon ringgit Malaysia, direka untuk menyokong perniagaan yang beralih kepada kemampanan.

"Hasil ringgit akan diperuntukkan kepada pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang layak yang memenuhi kriteria kemampanan yang diluluskan," kata RHB.

RHB dan BNP Paribas menyasarkan untuk menjana kecairan harga kompetitif untuk menyokong pinjaman mampan di Malaysia dan antarabangsa dengan memanfaatkan sekuriti berdaulat dan berkaitan daripada portfolio sukuk dan bon.

Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan RHB, Datuk Fad’l Mohamed berkata bank itu komited untuk memacu inovasi dalam kewangan mampan dan peralihan yang penting untuk menyokong peralihan pelanggannya ke arah masa depan lebih mampan.

"Inisiatif ini merupakan langkah utama ke arah mencapai cita-cita kami untuk menggerakkan RM50 bilion dalam perkhidmatan kewangan mampan, memajukan aspirasi Sifar Bersih 2050 RHB dan memberi impak positif kepada komuniti," katanya.

Kumpulan perbankan itu berkata ia telah mencapai kemajuan ketara ke arah matlamat kewangan mampan RM50 bilion menjelang 2026, mengukuhkan komitmennya untuk menyokong peralihan perniagaan kepada amalan rendah karbon.

“Selepas menggerakkan lebih RM31 bilion setakat ini, 62 peratus daripada sasaran 2026, RHB meletakkan dirinya sebagai pemangkin untuk perniagaan mampan dan peneraju dalam memajukan masa depan rendah karbon,” kata RHB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan