EKONOMI > BERITA

TNB Diarah Hadiri Prosiding Mohon Semakan Kehakiman Ketepikan Cukai Tambahan Pada 15 Okt

09/09/2024 09:11 PM

KUALA LUMPUR, Sept 9 (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang baru-baru ini dikenakan cukai tambahan sebanyak RM1.39 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri diarahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini untuk menghadiri prosiding bagi permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 15 Okt, 2024.

Secara berasingan, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan sementara bagi penguatkuasaan notis penilaian tambahan sehingga tarikh itu, kata syarikat utiliti itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 19 Ogos 2024, TNB menerima notis taksiran tambahan bagi tahun taksiran 2020 dan 2021 masing-masing berjumlah RM685.82 juta dan RM705.24 juta.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan