EKONOMI > BERITA

WCEC Dijangka Akan Pacu Peningkatan Perdagangan Dan Pelaburan - Tengku Zafrul

10/09/2024 12:24 PM

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Konvensyen Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 dijangka meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata konvensyen itu menyediakan platform terbaik untuk usahawan global untuk bekerjasama terutamanya pada waktu yang mencabar.

"Apa yang kita harapkan adalah apabila komuniti perniagaan berkumpul, mereka pasti akan mempunyai tawaran perniagaan dan kerjasama yang akan meningkatkan perdagangan dan pelaburan," katanya kepada media selepas pelancaran konvensyen itu hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada WCEC ke-17, mengetengahkan hubungan dua hala yang sudah terjalin lama antara Malaysia dan China, disokong oleh hubungan perdagangan dan pelaburan kukuh.

Konvensyen selama tiga hari anjuran Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan menarik lebih 4,000 peserta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan