EKONOMI > BERITA

Blackmores Rai Kemenangan Ke-10 Anugerah Trusted Brands 2024

13/09/2024 01:25 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd, jenama terkemuka dalam sektor kesihatan semula jadi di peringkat global melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai jenama Platinum dalam Anugerah Trusted Brands 2024.

Tahun ini, Blackmores mencatat pencapaian istimewa dengan memenangi anugerah Platinum untuk Jenama Dipercaya buat kali ke-10 di negara ini,

Pengurus Negara Blackmores Malaysia dan Singapura Kumaran Chandrasergaran berkata penghargaan yang diterima melalui undian oleh pengguna Malaysia, mengukuhkan komitmen Blackmores untuk menyediakan suplemen berkualiti tinggi dan kedudukannya sebagai jenama yang paling dipercayai dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

“Di Blackmores kualiti menjadi keutamaan bagi produk dan perkhidmatan kami. Kami amat berbangga kerana dipilih sebagai pemenang anugerah Platinum buat kali ke-10 tahun ini. Ia membuktikan dedikasi kami terhadap kecemerlangan terus diiktiraf.

"Kami merasa amat dihormati kerana terus manjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan holistik mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumaran berkata kredibiliti anugerah itu berakar umbi dari tinjauan bebas lebih 8,000 pengguna di pasaran utama Asia, menandakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap jenama berkenaan.

"Para peserta menilai jenama berdasarkan enam ciri utama termasuk kebolehpercayaan, kualiti, nilai, pemahaman pelanggan, inovasi dan tanggungjawab sosial. Hasil undian ini kemudian digandakan dengan purata markah atribut untuk menentukan kedudukan akhir bagi memastikan keputusan yang objektif dan tepat secara statistik," katanya.

Beliau berkata kejayaan Blackmores dibina atas komitmen tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan setiap produk mencerminkan amalan berasaskan bukti jenama itu dalam menentukan dos optimum dalam setiap suplemen.

"Dengan menjalani lebih 30 ujian dan pemeriksaan kualiti yang ketat, Blackmores mengekalkan standard keselamatan dan keberkesanan tertinggi untuk memastikan setiap suplemen secara konsisten memenuhi jangkaan pelanggan serta piawaian kawal selia.

Kumaran berkata pendekatan teliti ini juga dipadankan dengan komitmen mendalam terhadap kelestarian dan komuniti.

"Jenama ini aktif dalam memberi sumbangan kepada komuniti di mana mereka beroperasi sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar

"Selain itu, jenama ini juga mengamalkan penyumberan dan inisiatif yang bertanggungjawab untuk mengurangkan sisa seperti memastikan 98 peratus pembungkusannya boleh dikitar semula dan berusaha mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2030 untuk menjamin masa depan lebih sihat untuk semua," katanya.

Beliau berkata Blackmores komited untuk terus kekal di barisan hadapan dalam inovasi kesihatan semula jadi melalui Institut Blackmores.

Syarikat ini akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, mencipta produk baharu berdasarkan penemuan saintifik terkini untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut tentang produk penjagaan kesihatan semula jadi Blackmores, pelanggan boleh melayari blackmores.com.my.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan