EKONOMI > BERITA

Malaysia Capai 43 Peratus Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

17/09/2024 05:34 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept  (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, prestasi itu jelas memberi petanda bahawa Malaysia berjaya mendepani cabaran yang dihadapi menerusi pembaharuan, namun ia bukanlah satu jaminan yang kekal.

“Bila ada perbincangan, saya nyatakan jangan membuat ukuran begitu. Pencapaian ini hanya memberi sedikit petanda. Tetapi kita harus tanya apakah pencapaian cita-cita Ekonomi Madani dan SDG ini, sesuatu yang perlu untuk negara dan bagi manusia.

“Dan sekiranya jawapan itu perlu, maka kita harus bergegas dengan upaya yang lebih untuk mencapai prestasi yang terbaik. Itu bagi saya petanda aras kita,” kata Anwar menerusi ucap tama beliau semasa merasmikan Sidang Kemuncak SDG 2024, di sini, hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan