EKONOMI > BERITA

FBM KLCI Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Pasaran Menjelang Penurunan Kadar Faedah AS

18/09/2024 07:15 PM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.69 mata atau 0.22 peratus kepada 1,660.59 daripada paras penutup 1,664.28 pada Selasa.  FBM KLCI dibuka tinggi naik 0.05 mata kepada 1,664.33 dan bergerak antara paras 1,654.0 dan 1,664.78 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 526 berbanding 442 manakala 489 kaunter tidak berubah, 1,048 tidak diniagakan dan sembilan digantung 

Jumlah dagangan susut kepada 2.30 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 3.19 bilion unit bernilai RM3.35 bilion.   

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata bursa tempatan dan pasaran serantau mencatatkan prestasi lemah apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) malam ini. 

"Meskipun penurunan itu dijangkakan, kenyataan daripada Fed akan menjadi faktor kritikal kepada peniaga dan penganalisis untuk menilai kemajuan penurunan seterusnya pada masa depan. Pergerakan FBM KLCI bermula esok dan seterusnya akan bergantung kepada bagaimana pelabur mentafsir kenyataan Fed,” katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek menjangkakan Fed mengambil strategi “turun dan jeda” (menurunkan kadar kemudian menghentikannya seketika) dan bukan penurunan bersiri yang akan membantu mengekang tekanan inflasi dan menyokong dolar AS.

 "Walaupun kedua-dua pendekatan itu mungkin memberi sokongan bagi tempoh jangka pendek, strategi ‘turun dan jeda’ menyediakan persekitaran lebih stabil serta masa untuk menilai impak ekonomi selepas setiap penurunan yang seterusya dapat mengurangkan risiko kemeruapan pasaran,” katanya.  

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun naik 0.49 peratus kepada 36,380.17, Indeks Hang Seng Hong Kong menokok 1.37 peratus kepada 17,660.02 manakala Indeks Straits Times Singapura turun 0.10 peratus kepada 3,589.83.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank naik dua sen kepada RM10.68, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.71 manakala IHH Healthcare menokok enam sen kepada RM7.11. Hong Leong Bank tidak berubah pada RM21.20, CIMB turun tiga sen kepada RM8.33, TNB berkurangan lapan sen kepada RM14.74 dan Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM5.52.

Dalam kalangan kaunter cergas, MyEG meningkat 2.5 sen kepada 95.5 sen, Cape EMS naik 1.5 sen kepada 36.5 sen dan 99 Speed Mart menokok 1.0 sen kepada RM1.90. Alpha IVF tidak berubah pada 35.5 sen, Top Glove susut 7.0 sen kepada RM1.07 dan Hartalega turun tiga sen kepada RM3.11. Kossan jatuh 13 sen kepada RM2.12 dan Careplus berkurangan 1.5 sen kepada 29 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 17.89 mata kepada 12,403.98, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 15.30 mata kepada 12,258.64 dan Indeks FBMT 100 susut 21.69 mata kepada 12,115.8.  

Indeks FBM 70 turun 11.85 mata kepada 17,567.96 dan Indeks FBM ACE susut 15.5 mata kepada 5,086.81.   

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 19.14 mata kepada 19,660.09, Indeks Tenaga turun 7.45 mata kepada 862.27, Indeks Perladangan berkurangan sebanyak 49.27 mata kepada 7,164.2 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.83 mata kepada 176.08.  

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.59 bilion unit bernilai RM2.62 bilion daripada paras 1.88 bilion unit bernilai RM3.14 bilion pada Selasa.  

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 421.13 juta unit bernilai RM39.83 juta daripada 932.78 juta unit bernilai RM108.56 juta.   

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 286.10 juta unit bernilai RM91.29 juta daripada 370.14 juta unit bernilai RM96.42 juta.  

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 182.57 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (225.64 juta), pembinaan (114.14 juta), teknologi (344.51 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (95.21 juta), hartanah (165.71 juta), perladangan (92.41 juta), REITs (152.40 juta), dana tertutup (31,300), tenaga (63.11 juta), penjagaan kesihatan (267.72 juta), telekomunikasi dan media (26.04 juta), pengangkutan dan logistik (20.66 juta), utiliti (58.92 juta) dan amanah perniagaan (89,900).

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan