KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga LPI Capital Bhd melonjak kepada RM123.94 juta daripada RM97.92 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Hasil meningkat kepada RM499.83 juta berbanding RM498.40 juta, disumbangkan terutamanya oleh segmen pegangan pelaburan dan dan pendapatan dividen dikecualikan cukai yang lebih tinggi diterima daripada pelaburan ekuitinya.
"Sementara itu, segmen insurans am mencatatkan hasil rendah sedikit sebanyak RM477.9 juta berbanding RM478.9 juta yang dicatatkan pada suku yang sama sebelum itu terutamanya disebabkan hasil insurans yang rendah.
"Hasil insurans yang lebih rendah disebabkan oleh terjemahan mata wang daripada operasi Singapura berikutan pengukuhan ringgit," katanya dalam makluman kepada bursa.
Dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, keuntungan bersih penanggung insurans am meningkat kepada RM303.23 juta daripada RM235.15 juta. Hasil meningkat 1.0 peratus kepada RM1.44 bilion daripada RM1.42 bilion dalam tempoh yang sama pada 2023, sebahagian besarnya disumbangkan oleh segmen insurans am.
Mengenai prospek, kumpulan itu menjangkakan suku keempat akan kekal mencabar dan ia "akan menumpukan perhatian kepada perkembangan antarabangsa dan tempatan".
Ia berkata saluran pengedaran anak syarikat milik penuh Lonpac Insurance Bhd akan dipertingkatkan lagi untuk memanfaatkan keperluan insurans bagi peningkatan pelaburan langsung domestik dan asing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial