EKONOMI > BERITA

Takaful Ikhlas Raih Anugerah Jenama Penyelesaian Takaful Terbaik 2024

30/10/2024 05:08 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Takaful IKHLAS, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd (MNRB) telah dinobatkan sebagai Jenama Penyelesaian Takaful Terbaik di the BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2024.

Ia berkata anugerah itu menggariskan pendekatan proaktifnya sejak penubuhannya pada 2002, mempamerkan komitmennya untuk menyediakan penyelesaian takaful komprehensif merentasi kedua-dua segmen takaful keluarga dan am, memanfaatkan teknologi dan inovasi terutamanya melalui ‘platform GO’.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Bhd, Muhammad Fikri Mohamad Rawi yang menerima anugerah itu bagi pihak Takaful IKHLAS berkata anugerah berkenaan adalah bukti kepercayaan pelanggan mereka dan mengukuhkan komitmen berterusan syarikat untuk meningkatkan perkhidmatan sektor kewangan patuh Shariah.

"Kami bermotivasi untuk terus mempromosikan nilai-nilai halal, kemampanan, dan peningkatan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam meraikan pencapaian yang luar biasa tersebut, Takaful IKHLAS kekal fokus meningkatkan perkhidmatannya dan mengembangkan jangkauan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan dan komuniti, pada masa sama memenuhi permintaan masa kini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan