EKONOMI > BERITA

Prestasi Cemerlang Buka Peluang Rakyat Sarawak Sertai Pasaran Modal - Bursa Malaysia

09/11/2024 08:31 PM

KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Rakyat Sarawak diminta untuk lebih aktif menyertai pasaran modal sebagai satu cara bagi mengembangkan kekayaan, susulan pencapaian cemerlang pasaran modal negara tahun ini.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Wahid Omar berkata pasaran modal Malaysia kini berada pada kedudukan yang sangat baik dengan pelbagai peluang terbuka kepada pelabur, terutamanya di kalangan generasi muda dan usahawan tempatan.

“Nilai pasaran keseluruhan Bursa Malaysia telah mencecah RM2 trilion buat pertama kalinya pada Mei tahun ini. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi kita semua,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Bursa Marketplace Fair Sarawak 2024 di sini hari ini. 

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg diwakili timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan program itu yang bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Sarawak tentang kepentingan pelaburan awal selain meningkatkan bilangan pelabur dari negeri itu dalam pasaran modal.

Menurut Wahid, sebanyak 95 syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia sekarang adalah dari Sarawak dengan nilai permodalan pasaran sebanyak RM301 bilion. 

“Ini menunjukkan kepesatan perkembangan sektor perniagaan dan peluang pelaburan di negeri Sarawak,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan