EKONOMI > BERITA

Pemaju Malaysia Raih 11 Kemenangan Pada Anugerah Propertyguru Asia Di Bangkok

18/12/2024 06:31 PM

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia meraih kejayaan besar pada majlis Anugerah Tahunan PropertyGuru Asia ke-19 di Hotel The Athenee, di Bangkok, apabila memenangi 11 anugerah berprestij.

Para pemenang termasuklah pemaju dan projek terkemuka: Bangsar Heights Pavilion bagi projek Quayside JBCC; Kumpulan Berinda bagi projek Ponderosa Callista; Kumpulan City Motors bagi projek Alfa Bangsar; Eupe Corporation Bhd bagi projek Helix2 @ PJ South dan Gunung Impian Development Sdn Bhd bagi projek Iconia Garden Residence.

Turut mendapat pengiktirafan adalah Iskandar Investment Bhd bagi projek Medini Innopolis; JLand Group Sdn Bhd bagi projek Sanubari @ Bandar Dato Onn; Malton Bhd bagi projek The Park 2 Pavilion Bukit Jalil; Sime Darby Property Bhd bagi projek Serenia Industrial Park; Tropicana Corporation Bhd bagi projek Avisa Residences and Tropicana Alam dan  Triterra Sdn Bhd bagi projek The MET Corporate Tower.

 

Pemenang Daripada Syarikat Serantau

 

PropertyGuru menerusi satu kenyataan berkata China membolot lima anugerah dengan Zhuhai Huafa Properties Co Ltd dipilih sebagai Pemaju Terbaik di Asia, dan Lead8 mendapat pengiktirafan bagi projek MixC Changchun dan K11 Shanghai. Pemenang lain termasuk Jiang & Associates Creative Design bagi projek Alibaba's Chaoyang Science and Technology Park dan Sybarite bagi projek SKP Chengdu.

Manakala pemaju dari Hong Kong dan Macau memperoleh empat anugerah termasuk China Resources Land (Overseas) Ltd and Poly Property (Hong Kong) Co Ltd bagi projek Pano Harbour dan Lofter Group Ltd bagi projek 1 Ki Lung Street.

Filipina mendahului senarai dengan 12 anugerah diterajui Federal Land Inc yang diiktiraf sebagai Pemaju Hartanah Mewah Terbaik (Asia) bagi projek Riverpark. Federal Land NRE Global Inc dinobatkan sebagai Pemaju Cemerlang (Asia), manakala Aboitiz InfraCapital Economic Estates memenangi Pemaju Perindustrian Terbaik (Asia), dengan LIMA Estate turut menerima anugerah.

"Ia juga termasuk RLC Residences, yang memenangi anugerah bagi projek The Residences at The Westin Manila; Robinsons Offices bagi projek GBF Center 1; work.able for work.able Robinsons Summit Centre; Alveo Land bagi projek Viento at Cerca dan Sunshine Fort North Bonifacio Realty Development Corporation bagi projek MITSUKOSHI BGC," kata kenyataan itu.

Selain itu, The Estate Makati, kerjasama antara SM Development Corporation dan Federal Land turut menerima dua anugerah.

Sementara itu, Indonesia meraih lapan anugerah, diterajui Paramount Land yang memenangi angerah Pemaju Perbandaran Terbaik (Asia), dengan Sinar Mas Land memperoleh pelbagai anugerah untuk projek BSD City, Biomedical Campus dan usaha samanya, termasuk bagi projek Greenland International Industrial Centre (GIIC) di Kota Deltamas dan Navapark.

DM Projects Group memenangi anugerah bagi projek Salty Jim Villa; PT Adhi Commuter Properti Tbk (LRT City Cibubur) manakala Summarecon Group (Flora at Summarecon Bandung Singapore) memenangi lapan anugerah.

Singapura pula memenangi anugerah menerusi UOL Group Ltd yang dipilih sebagai Pemaju Lestari Terbaik (Asia) dan Pemaju Hospitaliti Terbaik (Asia).

 

Pemenang Lain

 

Australian, Vietnam, Thailand, Jepun, Kemboja dan Arab Saudi turut meraih kemenangan utama, mempamerkan kecemerlangan mereka dalam pembangunan hartanah, kata PropertyGuru.

Thailand memperoleh empat anugerah, dengan Sansiri Public Co Ltd memenanginya bagi projek BuGaan Pattanakarn dan Narasiri Phahol-Watcharapol, AP (Thailand) Public Co Ltd bagi projek The City Rama5-Nakhon dan APAC Land bagi projek APAC Tower.

Vietnam menggondol empat anugerah dengan Phu Long Real Estates Corporation dinamakan sebagai Pemaju Komuniti Terbaik (Asia), Gamuda Land menang dua anugerah bagi projek Eaton Park dan  Ecopark memenanginya bagi projek Ecovillage Saigon River.

"Niseko Woodlands Ltd dari Jepun memenangi anugerah Grand Tsuru Niseko manakala Yoichi Dreams mendapat pengiktirafan bagi projek Kisin," kata syarikat itu.

PropertyGuru berkata Arab Saudi membuat penampilan sulungnya pada majlis anugerah utama itu dengan Oud Real-Estate Development Co memenangi Pemaju Campuran Terbaik (Asia), susulan beberapa kemenangan pada Anugerah Hartanah PropertyGuru Asia (Timur Tengah).

LP Residences Co Ltd dari Kemboja memenangi anugerah bagi projek Palm Springsnya, manakala By the Waters oleh Suryam Developers LLP dari India turut mendapat pengiktirafan.

PropertyGuru berkata anugerah tahunan itu menghimpunkan lebih 130 finalis yang memenangi anugerah dari seluruh Asia, yang mempamerkan pencapaian mereka di pentas global.

Pengarah urusan kumpulannya bagi pasaran, Jeremy Williams memuji para pemenang atas pencapaian mereka yang memberi inspirasi kepada inovasi dan kemajuan sektor hartanah di rantau ini.

"Dalam meraikan anugerah utama edisi ke-19 ini kita menantikan gelombang kemajuan seterusnya bagi rantau ini," katanya.

Acara itu adalah sebahagian daripada Minggu PropertyGuru, yang menampilkan Sidang Kemuncak Hartanah Asia PropertyGuru, anugerah bagi Timur Tengah yang julung kali diadakan dan edisi terbaharu anugerah di China, Hong Kong, Macau, Jepun, India, Sri Lanka dan Kemboja.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan