KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) Suria KLCC Sdn Bhd meningkatkan program sukuk murabahahnya kepada RM2 bilion daripada RM600 juta dalam nilai nominal.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KLCCP berkata Suria KLCC berjaya menerbitkan sukuk murabahah berjumlah RM600 juta dalam nilai nominal dengan tempoh 10.5 tahun dan kadar keuntungan berkala 4.00 peratus setahun.
Hasil yang diperoleh akan digunakan oleh Suria KLCC untuk membiayai semula terbitan pertama sebanyak RM600 juta yang dibuat pada 31 Dis 2014, tidak lama selepas program itu ditubuhkan pada 19 Nov 2014, dan yang akan matang hari ini, 31 Dis 2024.
Menurut makluman itu, peningkatan dan semakan terma program itu akan berkuat kuasa pada 31 Dis 2024.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial