KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- TNB Western Energy Bhd (TNB WE), anak syarikat milik penuh tidak langsung Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui TNB Manjung Five Sdn Bhd, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaysia untuk mencabar taksiran cukai sebanyak RM291.55 juta bagi tahun taksiran 2018.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata notis taksiran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bertarikh 10 Dis 2024.
“Pada 31 Dis 2024, TNB WE memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar aspek tertentu dalam notis itu,” katanya.
Menurut TNB, semalam, Mahkamah Tinggi memberikan penangguhan sementara terhadap semua prosiding seterusnya, termasuk penguatkuasaan notis itu, sehingga permohonan kebenaran semakan kehakiman selesai sepenuhnya.
Katanya Mahkamah Tinggi telah menjadualkan pendengaran permohonan kebenaran pada 14 April 2025.
“TNB akan memberikan maklumat terkini mengenai sebarang perkembangan penting berkaitan perkara ini,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial