EKONOMI > BERITA

Serunai Commerce Bekerjasama Dengan Jordan Perkukuh Ekosistem Halal

01/02/2025 10:54 PM

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Penyedia teknologi digital Halal, Serunai Commerce Sdn Bhd bekerjasama dengan Jordan bagi memperkukuh ekosistem halal negara tersebut di bawah modul kerjasama pembangunan dan kepakaran Islamic Development Bank (Islamic DB).

Serunai Commerce berkata, kerjasama ini tercapai menerusi misi diagnostiknya selama 11 hari ke Jordan.

Ia berkata, misi diagnostik yang diketuai Islamic DB dan Serunai Commerce dengan kerjasama Kementerian Perancangan dan Kerjasama Antarabangsa Jordan melibatkan perbincangan yang mendalam bersama kementerian utama dan badan pengawalseliaan negara tersebut.

Katanya, ini bagi mengenal pasti cabaran semasa, jurang kapasiti dan peluang bagi Jordan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam ekonomi halal global serta menyelaraskan piawaian halalnya dengan amalan terbaik antarabangsa.

Serunai Commerce berkata, misi itu turut menyaksikan bengkel dan sesi praktikal yang direka untuk memperkukuh kepakaran tempatan (Jordan) serta meneroka penyelesaian inovatif bagi meningkatkan proses pensijilan halal negara berkenaan.

Sementara itu, Pakar Teknikal Utama Kerjasama Pembangunan dan Kepakaran Islamic DB, Aminuddin Mat Ariff berkata inisiatif tersebut merupakan langkah penting bagi Jordan dalam membangunkan ekosistem halal yang mampan dan menyeluruh.

"Inisiatif ini menggambarkan inti pati Kerjasama Selatan-Selatan yang menggalakkan pertukaran kepakaran dan penyelesaian inovatif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan institusi," katanya.

Menurut Serunai Commerce, melangkah ke hadapan, kerjasama ini akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan modul pensijilan halal digital, menyelaraskan piawaian tempatan dengan keperluan antarabangsa serta membuka peluang perdagangan dan pelaburan baharu untuk meletakkan Jordan sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan