KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kumpulan Kitacon Bhd (Kitacon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kitacon Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bagi kerja-kerja pembinaan utama bernilai RM104.30 juta daripada Sime Darby Property (BBR3 Asset 1) Sdn Bhd.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak tersebut merangkumi pembinaan dan menyiapkan 20 kilang berkembar dan tiga pencawang Tenaga Nasional Bhd, selain infrastruktur dan kerja-kerja berkaitan di Klang, Selangor.
Kontrak akan bermula pada 24 Feb, 2025 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan.
“Kontrak dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham bagi Kumpulan Kitacon Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 dan selanjutnya sehingga kontrak selesai,” kata Kitacon.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial