COLOMBO, 13 Okt (Bernama-Xinhua) -- Lebih 100,000 orang terpaksa dipindahkan di 12 daerah di Sri Lanka akibat bencana berkaitan hujan sejak 7 Oktober hingga pagi Ahad, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu.
DMC memaklumkan bahawa seramai 118,032 orang terjejas akibat banjir kilat, petir, pokok tumbang, tanah runtuh dan angin kencang, lapor Xinhua.
Menurut DMC, 234 rumah mengalami kerosakan.
Jabatan Meteorologi Sri Lanka memaklumkan bahawa hujan atau ribut petir dijangka berlaku di wilayah Barat, Sabaragamuwa, Barat Laut, Tengah, Utara serta di daerah Galle dan Matara.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial