BELANJAWAN 2025 > BERITA

Presiden Filipina Puji Sokongan Berterusan UAE

15/10/2024 10:23 AM

ABU DHABI, 15 Okt (Bernama-WAM) -- Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. menzahirkan penghargaan terhadap sokongan berterusan yang diberikan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa panggilan telefon dengan Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Dalam perbualan itu, Marcos memuji bantuan UAE dalam beberapa bidang penting, termasuk inisiatif Kementerian Dalam Negeri UAE untuk melatih 100 anggota Polis Kebangsaan Filipina dalam perlindungan kanak-kanak.

Beliau mengiktiraf kepakaran UAE dalam bidang ini sambil berkata bahawa ia memberi nilai tambah kepada usaha negaranya, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Marcos turut memuji usaha bantuan kemanusiaan UAE, khususnya bantuan yang diberikan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir dan hujan lebat baru-baru ini di Filipina.

Selain itu, beliau berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada warga Filipina di Lubnan di tengah-tengah krisis yang berterusan.

Panggilan telefon itu juga membincangkan kerjasama yang lebih luas antara kedua-dua negara, dengan tumpuan kepada peluang untuk memperkukuhkan hubungan dalam sektor-sektor utama seperti ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pembangunan.

-- BERNAMA-WAM

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan