BELANJAWAN 2025 > BERITA

Belanjawan 2025: Komuniti India Tidak Terpinggir - Ramanan

18/10/2024 10:01 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Beliau berkata ia dibuktikan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan sebanyak RM130 juta untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.

“Kita lihat kesungguhan Perdana Menteri menyamaratakan semua kaum...jadi tiada isu ada komuniti tertentu terpinggir.

“Bantuan dan peruntukan yang disediakan bukan khusus untuk mana-mana kaum, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia contohnya peruntukan-peruntukan khusus buat sektor pendidikan menerusi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina serta sekolah kebangsaan,” katanya ketika ditemui di Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2025 di sini hari ini.

Ramanan berkata sebelum ini, Kerajaan MADANI juga telah meluluskan pembangunan sosioekonomi masyarakat India antaranya RM100 juta bagi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) dan RM30 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan