BELANJAWAN 2025 > BERITA

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara G.Vadiveloo Meninggal Dunia

19/10/2024 03:54 PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri G. Vadiveloo meninggal dunia pada 11.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini.

Vadivello, 92, meninggal dunia dipercayai akibat sakit tua.

Naib Presiden MIC  Datuk T. Murugiah yang mengesahkan berita tersebut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang, sambil menyifatkan pemergian bekas Setiausaha Agung MIC itu sebagai kehilangan besar kepada parti dan negara.

“Mendiang Vadiveloo yang juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung MIC adalah seorang pemimpin berdedikasi. Pemergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada MIC, malah kepada negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengebumian akan berlangsung esok, dengan upacara sembahyang mengikut agama Hindu dijadualkan dari tengah hari hingga 2 petang di kediamannya di Jalan Bukit Desa 3, Lorong Seputeh, di sini, sebelum jasad mendiang dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Vadiveloo berkhidmat sebagai Yang Dipertua Dewan Negara dari 13 April 1992 hingga 12 Jun 1995.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan