BELANJAWAN 2025 > BERITA

Nelayan Melecur Dalam Kejadian Bot Terbakar Meninggal Dunia

21/10/2024 05:03 PM

KANGAR, 21 Okt (Bernama) -- Seorang nelayan yang cedera parah akibat melecur selepas bot gentian yang diperiksa untuk turun ke laut meletup dan terbakar di pelantar ikan di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lepas meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Nur Azman Abu, 45, meninggal dunia pada 8 pagi tadi selepas empat hari dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Nur Azman melecur hingga 88 peratus pada tubuh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata seorang lagi nelayan yang turut berada dalam bot sama semasa kejadian itu Mohamad Bakri Idham, 54, mendapat rawatan sebagai pesakit luar di HTF selepas melecur 45 peratus.

Jumaat lepas, Bernama melaporkan dua nelayan melecur selepas bot gentian itu meletup dan terbakar pada Khamis malam.

Yusharifuddin dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.55 malam, Khamis.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan