BELANJAWAN 2025 > BERITA

Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba Di Pahang Ditutup

22/10/2024 08:11 PM

KUANTAN, 22 Okt (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memaklumkan penutupan sementara Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, kawasan ekopelancongan dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri berkenaan, susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan.

Dalam kenyataa n yang dimuat naik di Facebook rasminya, jabatan berkenaan memberitahu penutupan sementara yang bermula semalam (21 Okt) sehingga satu tarikh akan dimaklumkan kelak, bagaimanapun tidak melibatkan Mossy Forest di Cameron Highlands. 

“Oleh itu, semua jenis aktiviti rekreasi termasuk pendakian gunung, sukan lasak berkenderaan, penjelajahan gua dan lain-lain aktiviti riadah, adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh ini. 

“Bagi pengunjung yang tidak mematuhi notis pemberitahuan ini, tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, 09-5732911/2914,” menurut kenyataan itu.

Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dipetik berkata pihaknya meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) berlaku pada awal bulan depan, berdasarkan faktor klimatologi. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan