BELANJAWAN 2025 > BERITA

Penjawat Awam Beragama Hindu Boleh Guna CTR Sehari Sebelum Atau Selepas Deepavali - JPA

25/10/2024 11:20 PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan penggunaan CTR itu tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing dan surat edaran mengenai perkara itu sudah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Hari Deepavali pada tahun ini jatuh pada Khamis, 31 Okt 2024. Sehubungan itu CTR selama satu hari kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang menganut agama Hindu dan berkhidmat di negeri-negeri yang Hari Deepavali merupakan cuti umum adalah pada Rabu, 30 Okt 2024 atau Jumaat, 1 Nov 2024.

“Kerajaan mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan semoga cuti tambahan ini dapat memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga,” menurut kenyataan itu. 

31 Okt 2024 telah diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Persekutuan sempena Hari Deepavali di Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan