BELANJAWAN 2025 > BERITA

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Di Tujuh Negeri

26/10/2024 07:32 PM

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tujuh negeri hingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 6.20 petang memaklumkan keadaan itu berlaku di Kedah (Langkawi, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama juga berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman);  Pahang (Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin); serta Johor (Segamat).

Turut tersenarai, Sarawak iaitu Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan pedalaman (Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan