BELANJAWAN 2025 > BERITA

PKR Kelantan Perlu Lipat Ganda Usaha Tambah Keahlian - Nurul Izzah

26/10/2024 10:23 PM

TANAH MERAH, 26 Okt (Bernama) -- Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata parti itu sudah mula mendapat kepercayaan di Kelantan kerana teras prinsip keadilan kepada rakyat.

"Kita lihat undi yang diberikan pada PRU lepas mula naik dan ini menunjukkan rakyat negeri ini memberi kepercayaan kepada kita,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Tanah Merah 2024 di sini hari ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata PKR Kelantan akan bekerja keras pada peringkat akar umbi bagi meningkatkan sokongan sekali gus mengubah landskap politik negeri ini.

"Kita mesti meramaikan anggota dan keahlian kerana tanpa jentera yang kuat, kita tidak mampu melakukan perubahan landskap politik di negeri ini," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan