BELANJAWAN 2025 > BERITA

Pasaran Farmaseutikal Vietnam Dijangka Cecah US$20 Bilion Menjelang 2045

28/10/2024 04:40 PM

HANOI, 28 Okt (Bernama-Xinhua) -- Pasaran farmaseutikal Vietnam dijangka mencapai US$20 bilion menjelang 2045, lapor VnExpress pada Isnin yang memetik Pentadbiran Ubat-Ubatan Vietnam.

Matlamat ini dijangka menempatkan Vietnam sebagai satu daripada pasaran farmaseutikal yang paling pesat berkembang di dunia. Namun, segmen yang dikuasai oleh pemain utama kekal sebagai "medan persaingan" untuk perniagaan asing, menurut laporan yang dipetik oleh Xinhua.

Industri farmaseutikal negara itu menyasarkan untuk memenuhi 80 peratus permintaan ubat domestik dan menguasai 70 peratus nilai pasaran, berdasarkan strategi kebangsaan untuk membangunkan industri farmaseutikal Vietnam menjelang 2030, dengan visi menjelang 2045.

Vietnam dijangka menjadi pusat pengeluaran farmaseutikal bernilai tinggi di rantau ini menjelang 2030, dengan nilai eksport ubat yang dihasilkan dalam negara dijangka mencecah kira-kira US$1 bilion.

Matlamat bercita-cita tinggi ini telah mencetuskan perlumbaan pelaburan dalam kalangan syarikat farmaseutikal yang bersaing untuk mendapatkan kelebihan dalam tempoh akan datang, menurut laporan VnExpress.

Menurut pentadbiran itu, jumlah nilai pasaran farmaseutikal Vietnam pada 2023 dianggarkan US$8 bilion.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan