KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGVH) telah memeterai perjanjian pinjaman dengan anak syarikat 72 peratus miliknya, FGV Palm Industries Sdn Bhd (FGVPI) untuk menyalurkan pinjaman sebanyak RM260 juta bagi membiayai keperluan perbelanjaan modal FGVPI.
FGVPI ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di Malaysia pada 14 September, 1955 dengan modal saham terbitan sebanyak RM422.59 juta.
“Aktiviti utama syarikat ini adalah pegangan pelaburan, penyediaan perkhidmatan berkaitan pemprosesan tandan buah segar menjadi minyak sawit mentah dan isirong sawit,” kata FGVH dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
FGVPI dimiliki 72 peratus oleh Felda Holdings Bhd dan 28 peratus oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial