BELANJAWAN 2025 > BERITA

Anwar Jamin Terus Bantu Keluarga Paramesvaree

01/11/2024 02:09 PM

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membantu keluarga Paramesvaree dari Klang, Selangor yang berdepan kesusahan hidup selain diuji masalah kesihatan. 

Jaminan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi wanita itu, yang terlantar kerana komplikasi perubatan sehingga kakinya terpaksa dipotong manakala suaminya pula menghidap penyakit jantung. 

"Justeru, beberapa bantuan telah disalurkan dan akan ditambah bagi meringankan beban dihadapi memandangkan keluarga ini tinggal di bilik kecil, tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara kehidupan selain mempunyai seorang anak yang masih bersekolah," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Anwar juga berharap keluarga itu tabah menghadapi ujian dan agar bantuan yang disalurkan membawa sinar cahaya serta kegembiraan kepada mereka dalam menyambut Deepavali.

Beliau berkata perayaan Deepavali, yang disambut penganut agama Hindu semalam, tidak lengkap jika tidak diraikan dengan membantu mereka yang memerlukan dan yang ditimpa kesusahan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan