BELANJAWAN 2025 > BERITA

9 Maut, 4 Cedera Dalam Kebakaran Kilang Minyak Masak Di Indonesia

02/11/2024 06:26 PM

JAKARTA, 2 Nov (Bernama-Xinhua) -- Seramai sembilan orang maut manakala empat lagi cedera dalam kebakaran besar di sebuah kilang minyak masak berhampiran Jakarta, Indonesia, menurut seorang pegawai pada Sabtu.

Menurut Idham Kholid, ketua unit pembinaan dan pemulihan di agensi pengurusan dan mitigasi bencana Bekasi, kebakaran berlaku pada Jumaat di sebuah kompleks industri di bandar Bekasi dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Sembilan orang meninggal dunia dalam kebakaran ini, dan empat lagi cedera,” katanya kepada Xinhua, menjelaskan bahawa kebanyakan mangsa merupakan pekerja kilang.

Mangsa cedera keempat adalah seorang anggota bomba yang bertindak balas terhadap insiden itu.

Agung Priambodo, ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Jakarta, menyatakan bahawa mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di hospital.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan