BELANJAWAN 2025 > BERITA

Polis Mohon Bantuan Kesan Remaja Perempuan Hilang

04/11/2024 10:23 PM

KUANTAN, 4 Nov (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 30 Okt lepas dan kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Kebangsaan Temin, Jerantut. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut Mohd Azahari Mukesar berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Farahana Abdullah, 17, pada 9.48 malam, Khamis lepas oleh bapa mangsa. 

Beliau berkata remaja perempuan itu berkulit putih, mempunyai ketinggian dianggarkan 160 sentimeter dengan berat lebih kurang 50 kilogram dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja T bercorak belang hitam putih, berseluar panjang dan tudung hitam, berselipar serta menggalas beg sekolah. 

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan malam ini. 

Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah lbu Pejabat Polis Daerah Jerantut di talian 09-2662222.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan