BELANJAWAN 2025 > BERITA

Wanita Maut, Anak Cedera Dalam Kemalangan Libatkan Dua Lori

05/11/2024 11:54 PM

IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala anaknya cedera selepas lori yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi lori yang membawa muatan kayu di Kilometer 350.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara dekat Bidor, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang sebelum tujuh anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan itu melibatkan lori tiga tan jenis Mitsubishi membawa muatan kasut yang dinaiki mangsa dan telah melanggar belakang lori lima tan jenis UD Nissan membawa muatan kayu.

“Kejadian melibatkan tiga mangsa daripada satu keluarga iaitu wanita berusia 36 tahun yang disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan manakala anak lelakinya berusia lapan tahun cedera patah kaki dan pemandu lori (suami berusia 36 tahun) selamat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarozi berkata pemandu lori UD Nissan juga dilaporkan selamat.

Beliau berkata mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang. 

-- BERNAMA  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan