SHAH ALAM, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia menyerahkan laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Semakan Sub-Nasional Sukarela (VSR) atau laporan projek SDG terbitan PLANMalaysia Selangor pada 2022 berkenaan diserahkan kepada PBB tahun lepas.
Beliau berkata laporan itu memaparkan rancangan dalam menjayakan pembangunan mampan dan merupakan resolusi yang diperoleh daripada Forum Bandar Sedunia (WUF) yang disertai pada 2019.
“Ini ialah komitmen kerajaan negeri dalam menjayakan SDG selaras matlamat sejagat PBB,” katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.
Amirudin bersama delegasi kerajaan Selangor kini berada di Mesir bagi menyertai WUF ke-12 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mesir, Kaherah.
Menurut perkongsian itu, Amirudin turut merasmikan Pavilion Selangor di Rumah Malaysia yang menghimpunkan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) selain melancarkan VSR atau laporan projek SDG terbitan PLANMalaysia Selangor.
Pada majlis berkenaan, enam PBT turut menyerahkan VLR masing-masing iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandar Diraja Klang, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial