BELANJAWAN 2025 > BERITA

PM Anwar Harap Pentadbiran Trump Bawa Impak Positif Kepada Geopolitik Dunia

07/11/2024 09:10 PM

Daripada Massita Ahmad

BEIJING, 7 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.

“Kita akan sambut baik kalau sikap Amerika positif ke arah kedamaian bagi menghentikan serangan ganas Israel ke atas Gaza dan mengiktiraf hak mutlak dan sahih rakyat Palestin,” kata Perdana Menteri dalam sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Beijing.

Anwar juga mengharapkan Trump dapat mencari kaedah mendamaikan konflik di  Ukraine, sekali gus membantu dalam menyelesaikan kemelut ekonomi dunia.

Trump, 78, memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang diadakan pada 5 Nov, setelah berjaya melepasi angka 270 undi Badan Pewakilan Pemilih, menewaskan calon Demokrat Kamala Harris. 

Kemenangan ini juga menandakan kali kedua Trump kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat. Beliau memegang jawatan itu buat pertama kalinya pada penggal 2017 hingga 2021.

--BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan