BELANJAWAN 2025 > BERITA

TPM Fadillah Akan Kemuka Cadangan Jadikan Deepavali Cuti Umum Di Sarawak 

09/11/2024 11:05 PM

KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Sarawak supaya perayaan Deepavali diwarta sebagai cuti umum.

Fadillah berkata beliau memahami perkara itu antara isu yang sering dibangkitkan penganut Hindu di Bumi Kenyalang.

“Ramai yang menyuarakan agar Deepavali di Sarawak ini dapat menjadi sebahagian daripada cuti umum.

“Saya yakin perkara ini sudah diketahui kerajaan negeri Sarawak dan saya sendiri akan kemukakan lagi,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Deepavali Persatuan India Kuching (IAK) di sini malam ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata Sarawak akan meneliti permintaan komuniti India di negeri ini untuk mengisytiharkan cuti umum bagi perayaan Deepavali.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan