KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Permainan sukan elektronik (e-sukan) Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah disahkan sebagai acara pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand.
Seperti edisi sebelumnya di Kemboja, permainan berpasukan itu akan menawarkan dua pingat emas dalam kategori lelaki dan wanita.
Ray Ng, Ketua Ekosistem E-sukan bagi pembangun permainan video Moonton Games, berkata penganjuran MLBB untuk Sukan SEA kali keempat berturut-turut adalah langkah positif bagi e-sukan, yang semakin diiktiraf oleh komuniti sukan global sebagai sukan kompetitif.
"Salah satu faktor utama di sebalik kejayaan MLBB ialah strategi kami yang disengajakan untuk menjadikan ekosistem e-sukan kompetitif boleh mudah diakses dan inklusif bagi atlet e-sukan yang bercita-cita tinggi.
"Acara sukan antarabangsa seperti Sukan SEA memperkasakan pemain, organisasi dan persekutuan dengan menyediakan mereka platform kompetitif yang diiktiraf secara global untuk mengharumkan nama negara masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Sukan SEA Kemboja tahun lepas, pasukan MLBB Malaysia memenangi pingat perak lelaki dan pingat gangsa wanita.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial