BELANJAWAN 2025 > BERITA

3,500 Akaun Pengguna Terjejas Gangguan Bekalan Air Berjadual

16/11/2024 08:39 PM

GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Sebanyak 3,500 akaun pengguna di kawasan Lorong Delima, Lintang Delima dan Cangkat Delima di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 22 dan 23 Nov nanti.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Jumaat (22 Nov) hingga 6 pagi Sabtu.

Gangguan bekalan air berjadual itu berikutan pemasangan bekalan meter alir elektromagnet dan injap pengurangan tekanan bagi tiga DMA di Daerah Timur Laut di sini, kata kenyataan berkenaan.

"Seramai 3,500 akaun pengguna yang terlibat membabitkan Lorong Delima 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 dan 20 serta Lintang Delima 1,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14 dan 16.

"Turut terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual itu ialah Cangkat Delima 1,2 serta 3 dan sehubungan itu, pengguna yang terjejas disarankan untuk menyimpan air mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh berkenaan," menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook PBAPP hari ini.

PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan