BELANJAWAN 2025 > BERITA

KKR Pupuk Kerjasama Erat Bersama Media, Pastikan Berita Sahih Untuk Rakyat

19/11/2024 11:59 PM

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kementerian Kerja Raya (KKR) memupuk kerjasama dan hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut memuji sikap profesionalisme serta etika kewartawanan tinggi dalam kalangan pengamal media di negara ini dan kesungguhan mereka dalam menyampaikan berita dengan cepat dan tepat. 

"Saya juga sering tekankan kepada pasukan kementerian dan agensi (di bawah KKR) untuk memberikan kerjasama yang baik kepada media dan memastikan segala inisiatif baik untuk rakyat dapat kita perluas. Marilah kita bersama-sama kerana tanggungjawab kita semua ini adalah untuk rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Borak Santai Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya bersama editor serta pengamal media, di sini malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha KKR Datuk Seri Azman Ibrahim bersama 25 pegawai lain daripada KKR serta agensi di bawahnya.

Majlis Borak Santai yang menghimpunkan sebanyak 32 pengamal media di sini dan Selangor diadakan pihak KKR bagi menzahirkan penghargaan terhadap pengamal media, yang turut dihadiri Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Arul Rajoo Durar Raj.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan