Di Marang pula, sebanyak 13 mangsa daripada empat keluarga masih berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.
"Mangsa di tiga daerah telah dibenarkan pulang, tetapi PPS masih belum ditutup kerana hujan masih berterusan di beberapa tempat," kata JPBNT.
Sementara itu, https://publicinfobanjir.water.gov.my/ melaporkan paras air sungai di Kampung Felda Mengkawang, Hulu Terengganu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman telah melepasi paras amaran.
Manakala tiga lagi lokasi iaitu Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu berada pada tahap waspada.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial