BELANJAWAN 2025 > BERITA

Musim Monsun: Yayasan Petronas Sumbang Pakej Prihatin Kepada 2,500 Keluarga Di Pantai Timur

22/11/2024 10:40 PM

KOTA BHARU, 22 Nov (Bernama) -- Yayasan Petronas menyalurkan sumbangan pakej prihatin kepada 2,500 keluarga di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebagai inisiatif persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata sumbangan pakej prihatin berkenaan adalah untuk kegunaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara, dan akan diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengandungi barangan keperluan asas seperti air mineral serta makanan.

Beliau berkata yayasan turut menyumbang bantuan bahan api kepada pihak berkuasa dan agensi penyelamat di negeri-negeri berkenaan bernilai RM4,000.

“Sebanyak 1,000 pakej prihatin dan bantuan bahan api bernilai RM4,000 di Kelantan telah disampaikan kepada Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam satu majlis ringkas di Kampung Pohon Buloh, Pasir Mas hari ini.

“Sementara sumbangan 1,000 pakej prihatin dan bantuan bahan api RM4,000 di Terengganu, serta RM500 pakej prihatin dan bantuan bahan api RM4,000 di Pahang pula disampaikan pada majlis berasingan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata Petronas juga berterima kasih atas komitmen yang diberikan pihak berkuasa tempatan dalam usaha menyelamat mangsa banjir selama ini, serta berharap sumbangan yang disampaikan itu dapat membantu agensi terlibat membuat persediaan menghadapi MTL.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan