BELANJAWAN 2025 > BERITA

Sunway Malls Bawakan Kaleidoskop Christmas Colourama Musim Perayaan Ini

28/11/2024 08:17 AM

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Menjelang musim perayaan tidak lama lagi, semua pusat beli-belah Sunway Malls ditransformasikan menjadi sebuah dunia ajaib kaleidoskop dengan pelancaran Christmas Colourama.

Diinspirasikan oleh keindahan abadi kepingan kaca berwarna, sambutan tahun ini menghidupkan semangat Krismas melalui paparan berwarna-warni yang memukau, aktiviti mengasyikkan dan detik-detik penuh keriangan, menjadikan suasana sempurna untuk meraikan bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti.

Sunway Malls dalam kenyataan memaklumkan Christmas Colourama di semua Sunway Malls menjanjikan pengalaman berwarna-warni yang dipenuhi keajaiban dan memori.

“Bayangkan warna-warna terang yang memantulkan cahaya perayaan, pokok Krismas bersaiz besar, gelak tawa kanak-kanak yang bergema di atrium besar dan momen sewaktu pemberian hadiah – semuanya dalam satu sambutan yang menggabungkan kehangatan tradisi dengan keseronokan perayaan moden,” menurut kenyataan itu.

Semasa pelancaran besar-besaran di Sunway Pyramid, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls HC Chan berkata Christmas Colourama bukan sahaja mengenai dekorasi yang mengagumkan, tetapi juga mengenai mencipta memori melalui pengalaman interaktif.

“Tahun ini, kami mahu membawa Krismas ke tahap baharu menerusi gabungan kehangatan sambutan tradisi dengan kemeriahan sambutan moden. Dengan pelbagai pilihan beli-belah dan makanan, kami sangat teruja mengalu-alukan semua untuk meraikan musim perayaan ini bersama kami di semua Sunway Malls,” kata Chan.

Selain itu, dengan kerjasama Tourism Malaysia dan UOB, pemegang kad kredit UOB boleh menikmati keistimewaan dan ganjaran khas melalui aktiviti penebusan mata ganjaran, sebagai sebahagian daripada Jualan Hujung Tahun Malaysia (MYES) dan Black Friday Sales yang dianjurkan Sunway Malls, menawarkan lebih banyak peluang untuk membeli-belah, berjimat dan meraikan musim perayaan ini.

Menurut kenyataan itu, Sunway Pyramid menawarkan dunia ajaib perayaan berwarna-warni dan aktiviti termasuk perkhidmatan membalut hadiah percuma di D’ Special Day Christmas Booth dan reruai Bath & Body Works yang menawarkan bengkel khas bertemakan Krismas.

“Untuk keluarga, anda boleh menggubah holiday wreaths (1 dan 8 Dis), menghias gingerbread (15 Dis), mencipta bola kristal hiasan yang menawan (22 Dis), serta terlibat dalam aktiviti melukis muka dan tangan (28 dan 29 Dis) yang menambahkan lagi keajaiban perayaan.

“Bagi mereka yang ingin mencuba nasib, terdapat cabutan bertuah khas sempena pelancaran OASIS, selain Bazar Artisan Krismas dan persembahan nyanyian lagu-lagu Krismas,” katanya.

Menjelang hujung tahun, Sunway Pyramid akan menganjurkan acara pengiraan detik tahun baharu yang meriah dengan persembahan hiburan, bunga api dan pengumuman Cabutan Bertuah OASIS yang dinanti-nantikan. Waktu operasi pusat beli-belah itu juga dilanjutkan hingga 1 pagi pada malam tahun baharu.

Di Sunway Velocity, pengunjung boleh bergambar di sudut foto yang dihias cantik bertemakan perayaan dan beli-belah di gerai-gerai yang menjual juadah Krismas. Pusat beli-belah ini juga akan menganjurkan Spend & Win Wonderland Contest, menawarkan peluang memenangi hadiah utama, dan Colourama Memories Photo Contest yang menawarkan baucar RM100 American Tourister kepada pemenang bertuah.

Bagi mereka yang mencari pengalaman kreatif, Sunway Putra Mall menawarkan pelbagai bengkel untuk menghasilkan hadiah unik dan meneroka kreativiti.

“Usah ketinggalan menyertai Christmas Parade, yang membawa keriangan dan semangat perayaan di sekitar pusat beli-belah. Rasa semangat Krismas? Tunjukkan gaya anda dalam Pertandingan Pakaian Terbaik dan menangi hadiah menarik,” menurut kenyataan itu.

Di Sunway Carnival Mall, pengunjung berpeluang merasai pengalaman pasar Krismas prismatik hasil kolaborasi dengan Hin Bus Depot, menampilkan hadiah buatan tangan, seni tempatan dan persembahan yang menarik.

“Menambahkan keterujaan, kempen Mattel Holiday: Give the Gift of Play! membawa kegembiraan kepada kanak-kanak dan keluarga melalui pelbagai aktiviti yang diinspirasikan oleh Mattel,” katanya.

Sementara itu, Sunway Big Box menghidupkan semangat perayaan dengan tema filem Paddington in Peru, menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan paparan bertema Paddington.

Menurut Sunway Malls, pengunjung boleh menyertai cabutan Paddington Tea Party yang eksklusif atau pertandingan mewarna bertema Paddington, dengan barangan eksklusif dan baucar Padini bernilai RM200 untuk dimenangi.

“Keterujaan berterusan dengan pertandingan menawarkan baucar tunai bernilai RM9,000 dan pengunjung boleh menyertai aktiviti mencari Paddington untuk memenangi tiket menonton filem Paddington in Peru yang akan ditayangkan di Malaysia mulai 16 Jan 2025,” menurut kenyataan itu.

Sunway 163 Mall pula menjanjikan pengalaman perayaan yang penuh dengan ganjaran eksklusif dan bengkel hujung minggu yang menarik.

“Bukan itu sahaja - dari 2 Dis hingga 1 Jan 2025, pengunjung yang berbelanja minimum RM150 dalam maksimum dua transaksi boleh menikmati peluang digital spin di aplikasi Sunway Super App untuk memenangi hadiah yang lebih menarik,” tambah kenyataan itu.

-- BERNAMA

Penafian: Ini adalah artikel advertorial berbayar. BERNAMA tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, ketepatan dan pendapat yang disiarkan dalam artikel ini.


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan