BELANJAWAN 2025 > BERITA

Pertimbangan Ekonomi Tidak Kekang Pendirian Malaysia Dalam Isu Gaza - PM Anwar

28/11/2024 11:35 AM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun pertimbangan ekonomi amat penting, namun ia tidak akan mengurangkan atau mengekang pendirian Malaysia dalam menyuarakan tuntutan dan keadilan buat rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan terus menyuarakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman di Gaza.

Mengambil hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, Perdana Menteri berkata dari segi diplomatik ia masih baik, dan kedua-dua negara meneruskan semua perkongsian komprehensif dan kerjasama termasuk pertemuan dengan pemimpin negara itu.

“Dari Januari hingga Oktober 2024, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat meningkat 29.1 peratus kepada RM264.28 bilion, peningkatan agak tinggi iaitu US$57.76 bilion daripada RM204.78 bilion atau US$45.09 bilion bagi tempoh sama 2023,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai adakah Malaysia menghadapi apa-apa risiko sekatan perdagangan dari Amerika Syarikat disebabkan kelantangan Perdana Menteri yang mempertahankan hak rakyat dan negara Palestin.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan