BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir: Pejabat Satelit LHDN Di Kelantan Dan Terengganu Ditutup Sementara

28/11/2024 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Pejabat Satelit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pasir Mas, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta satu di Hulu Terengganu, Terengganu ditutup sementara mulai hari ini berikutan banjir serta peningkatan paras air di kawasan sekitar.

Pejabat Satelit tersebut hanya akan dibuka semula setelah keadaan kembali pulih dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, menurut LHDN dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu dalam tempoh penutupan berkenaan, pelanggan disarankan untuk melakukan urusan berkaitan LHDN secara dalam talian menerusi portal rasmi HASiL di www.hasil.gov.my.

LHDN memaklumkan sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh diajukan menerusi talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara), HASiL Live Chat atau pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan