BELANJAWAN 2025 > BERITA

Kematian Akibat Denggi Di Bangladesh Hampiri 500

02/12/2024 01:08 PM

DHAKA, 2 Dis (Bernama-Xinhua) -- Bangladesh terus bergelut dengan wabak denggi yang semakin meruncing apabila hampir 30,000 kes dan 173 kematian direkodkan sepanjang November, menjadikan bulan itu antara yang paling mencabar dalam sejarah.

Menurut data rasmi Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), sejumlah 29,652 kes dilaporkan pada November.

Setakat 8 pagi waktu tempatan Ahad, 882 kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak Januari tahun ini mencecah 92,351.

Dalam tempoh yang sama, enam kematian direkodkan, menjadikan angka korban setakat ini meningkat kepada 494.

Tahun 2023 menyaksikan 1,705 kematian akibat denggi, angka tahunan tertinggi pernah dicatatkan negara itu.

Sebanyak 281 kematian direkodkan pada 2022 dan 179 pada 2019.

Bagi membendung peningkatan kes, pihak berkuasa kesihatan Bangladesh memperhebatkan langkah-langkah membasmi tempat pembiakan nyamuk dan melaksanakan operasi anti-larva.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan