BEIJING, 16 Dis (Bernama-CMG) -- Keupayaan China dalam menjamin keselamatan tenaga terus diperkukuh, menyaksikan kadar sara diri tenaga kekal melebihi 80 peratus pada tahun ini.
Kapasiti janakuasa terpasang China mencatat kira-kira 3.32 bilion kilowatt pada 2024 dengan jumlah penjanaan kuasa sebanyak 10 trilion kilowatt-jam (kWj), meningkat 5.7 peratus berbanding tahun lepas.
Antaranya, kapasiti terpasang tenaga boleh diperbaharui bertambah sebanyak 300 juta kilowatt, menyumbang lebih 85 peratus kepada keseluruhan kapasiti terpasang tambahan di negara Tembok Besar.
Pada masa sama, pelbagai projek kuasa hidro utama terus digerakkan secara teratur, menyaksikan jumlah kapasiti terpasang hidroelektrik di seluruh negara mencecah 435 juta kilowatt.
China kini mempunyai 102 unit generator janakuasa nuklear yang sudah beroperasi atau dalam pembinaan dengan kapasiti terpasang sebanyak 113 juta kilowatt, sekali gus menjadikannya mendahului negara lain dari aspek penjanaan tenaga nuklear.
--BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial