BELANJAWAN 2025 > BERITA

LEBIH 7,000 AKAUN PENGGUNA DI SPS ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL ESOK

16/12/2024 09:35 PM

GEORGE TOWN, 16 Dis (Bernama) -- Sebanyak 7,238 akaun pengguna di daerah Seberang Perai Selatan di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 14 jam bermula 10 malam esok.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu disebabkan penutupan sesalur 600mm bagi kerja-kerja pelencongan paip di Sungai Kerian, SPS untuk projek naik taraf jambatan oleh Jabatan Kerja Raya(JKR).

"Gangguan bekalan air berjadual bermula 10 malam esok hingga 12 tengah hari Rabu itu membabitkan 7,238 akaun pengguna di kawasan Jalan Besar Dato Keramat, Jalan Besar Permatang Keling, Jalan Sempadan dan Permatang Tok Mahat.

"Seterusnya kawasan yang turut mengalami gangguan bekalan air ialah Tanjung Berembang, Sungai Acheh, Sungai Udang, Sungai Chenaam dan Sungai Bakau," menurut kenyataan itu.

Menurut PBAPP, pengguna yang terjejas disarankan supaya menyimpan air yang mencukupi bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

PBAPP akan mengemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi PBAPP Penang dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan