BELANJAWAN 2025 > BERITA

Polis Kuantan Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Safri

20/12/2024 06:07 PM

KUANTAN, 20 Dis (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki berusia 55 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata lelaki Safri Mohd Ali telah dilaporkan hilang oleh adiknya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada 14 Dis.

Beliau berkata Safri dilaporkan keluar dari rumah kira-kira 8 pagi, Jumaat lepas dengan memandu kereta Perodua Viva berwarna biru gelap bernombor pendaftaran CCE 5997 untuk mengambil ubat di Klinik Kesihatan Kampung Kurnia, di sini.

"Namun sehingga hari ini, Safri yang juga mempunyai masalah asma masih tidak pulang ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai polis berdekatan atau IPD Kuantan di talian 09-5652089, selain Balai Polis Kuantan 09-5652140.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan