BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir Di Johor Pulih Sepenuhnya

20/12/2024 08:22 PM

JOHOR BAHRU, 20 Dis (Bernama) -- Banjir di Johor pulih sepenuhnya susulan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat ditutup 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani memaklumkan PPS yang dibuka sejak 29 Nov lepas itu hari ini membenarkan 36 mangsa daripada 11 keluarga pulang ke kediaman masing-masing. 

“Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing apabila keadaan didapati selamat dan banjir di kawasan petempatan mereka surut.

“Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.51 meter (trend menaik),” katanya dalam kenyataan hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan